Wednesday 31 December 2014


Senaman Kemutan ( Kegel )
Bagus Untuk Wanita


Amal Senaman Kegel (Senaman Kemutan)

Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan.Gerakkan otot melancarkan darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran.Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota  perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.



Cara-cara

 Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti otot pelvis tersebut. Kemudian, kemutkan otot tersebut seperti anda menahan kencing. Tetapi janganlah lakukan semasa anda terasa mahu kening, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Hal ini kerana menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.

Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring. Apabila anda sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan. Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali. Seeloknya lakukan secara berkala sabanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.

Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang duduk di pejabat, mahupun ketika memandu. Wah, begitu mudah dan tiada alasan untuk tidak melakukannya.